Tips Merangsang Let Down Reflex (LDR) Ketika Menyusu Dan Mengepam
Breastfeeding Tuesday, August 15, 2017
Tips Merangsang Let Down Reflex (LDR) Ketika Menyusu Dan Mengepam | Let Down Reflex? Ehh!!! Ada yang tak tahu lagi ker apa itu LDR @ Let Down Reflex? Ok... Untuk bakal-bakal ibu yang dah plan nak bagi susu terbaik untuk anak dan juga yang dah bergelar ibu tapi masih tak tahu apa itu Let Down Reflex, meh nak terangkan sikit. Let down reflex ni kita akan rasa ketika menyusukan baby dan juga ketika kita mengepam susu. Ni ada Tips Merangsang Let Down Reflex (LDR) Ketika Menyusu Dan Mengepam.
Apa Itu Let Down Reflex?
Perasan tak, masa kita susukan anak, kita akan merasa seperti ngilu, rasa macam dicucuk-cucuk atau rasa macam berdenyut-denyut di payudara? Atau masa tengah mengepam susu, susu akan memancut keluar dengan banyaknya. Haaaa... Itu lah dia let down reflex. Memang seronok bila kita rasa let down reflex ni sebab kira rasa susu kita laju mengalir.
Macam Mana Let Down Reflex Boleh Berlaku?
Ok... Semasa kita menyusukan bayi, rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu. Senang cerita LDR ni merupakan tindak balas yang membuatkan susu keluar dengan lancar sewaktu menyusu atau sewaktu mengepam susu.
Bagi ibu yang baru lepas bersalin, mereka perlu melatih menyusukan bayi secara terus (Direct Feeding-DF) diminggu-minggu awal penyusuan sehingga mendapatkan Let Down Reflex yang baik. Susu akan mengalir dari payudara yang tidak ‘diminum’ oleh bayi semasa Let Down Reflex berlaku. Jadinya... Untuk tidak membazir, adalah lebih baik kita tadah dalam bekas atau boleh pam semasa bayi menyusu. Sayang woihhh kalau biar jer susu mengalir sebab dalam pantang memang susu sangat banyak.
Cara Mendapatkan Let Down Reflex Dan Melancarkan Pengaliran Susu?
Ada beberapa cara yang bolah anda amalkan untuk mendapatkan pengaliran susu yang lancar ketika menyusukan anak secara tak langsung mendapatkan Let Down Reflex. Antaranya:
- Susukan anak dengan tenang sambil dengar lagu-lagu atau muzik yang digemari. Lebihh bagus kalau kita pasang alunan bacaan Al-Quran dan zikir-zikir kan. Berganda kita dapat pahala.
- Susukan anak dalam keadaan yang selesa atau di tempat yang sunyi. Macam saya suka susukan anak dalam bilik dan dalam posisi baring. Sambil susukan anak kita boleh tumpang tidur sekali...hehehe...
- Banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan anak kalau kita tak susukan dia.
- Urut payudara dalam bentuk bulanan secara lembut selama seminit.
- Letak tuala lembab yang direndam dalam air suam pada payudara atau mandi air suam sebelum menyusukan anak
- Urutan belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu. Boleh minta suami tolong urutkan.
Cara Rangsang Let Down Reflex Waktu Mengepam
Haaa... Jangan tak tahu. Kita boleh rangsang pengeluaran susu dengan lancar sewaktu mengepam susu jugak tau. Macam mana? Ok.. Kebanyakan breastpump yang ada sekarang ni mempunyai 2 jenis button. Satu button fungsinya untuk urutan dan satu button lagi fungsinya untuk sedutan. Biasanya masa kita mengepam susu pon breastpump akan buat urutan dulu kan seterusnya baru sedutan. Caranya:
- Waktu mengepam 2 minit pertama, gunakan sepenuhnya button URUTAN
- Bila susu mula keluar, cepat-cepat tukar/tekan kepada button SEDUTAN. Biarkan sehingga susu makin perlahan.
- Bila anda perasan pengaliran susu dah mula perlahan, tekan balik button URUTAN selama 2 minit atau lebih
- Ulang balik cara yang sama hingga 15 - 20 minit. Nak sampai 30 minit pon boleh. Kejap jer rasa susu penuh sebotol
Harap tips ni dapat membantu. Perlu di ingat, kosongkan breast setiap kali penyusuan untuk mengekalkan pengeluaran susu ibu. Kenapa? Sebab penghasilan susu ibu berkonsepkan DEMAND vs SUPPLY. Apabila susu dikeluarkan, barulah susu baru akan terhasil. Jadinya... Selepas ibu-ibu menyusukan anak atau selepas mengepam susu, pastikan breast betul-betul kosong.
Dan peringatan lagi. Setiap kali mengepam susu, jangan pam susu lebih dari 30 minit sebab maximun pam hanya selama 30 minit sahaja. Kenapa? Kalau pam lebih dari 30 minit boleh menyebabkan tisu di keliling payudara luka dan susah untuk pam sesi yang seterusnya nanti.
Note: Alhamdulillah... Nak masuk 18 bulan susukan Iman Harraz ☺