Dilema Rakyat Merhaen | Tol Oh! Tol!!!!

Thursday, October 15, 2015

Selamat tinggal Highway Silk. Start harini aku curang dengan kau. Kadar tol yang naik 80 sen betul² membebankan poket aku yang tak berapa nak lebat nih. Kos sara hidup yang kalau tak di urus betul² boleh membuatkan gaji sebulan pon belum tentu cukup. Janji manismu betul khenn. 


[GALAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM] katanya. Macam tak releven jer statement nih kan. Pak menteri sekalian pernah tak naik kenderaan awam? Tak kot. Naik kereta ada driver. Pergi kerja ber escot...'ke tepi...ke tepi. Sila beri laluan. VVIP nak lalu'. Senang² jer tak payah redah jalan yang sesak kan. Suma nak kena rakyat yang mulakan. Kenapa bukan pak menteri yang mulakan dulu naik kenderaan awam?

Lepas tu kan, ingat suma tempat ada laluan untuk bas masuk kat kawasan perumahan ker? Lepas tu bas boleh terus hantar sampai kat tempat kerja? Kalau lah ada, aku pon  nak naik kenderaan awam. Tak payah hadap jalan sesak lagi sebab ada driver yang bawak.


Ayat standard pak menteri. Bercakap memang senang kan pak menteri sekalian. Ingat suka suki aku nak ikut tol? Ikut tol sebab nak cepat sampai office. ikut tol sebab ada laluan kontra. Sebab tol naik aku kena ikut jalan yang agak sesak dan sibuk. 

Dilema balik kerja pulak. Kalau aku tak ikut tol, macam biasa kena guna jalan sibuk dan sesak. Pukul berapa nak sampai nursery/tadika? Tau tak kalau lewat amik anak kat nursery/tadika kena charge overtime?? Duit habis bayar overtime jer lah kalau macam nih. 

Note: Sekadar luahan perasaan pengguna tol tegar. Tapi skang tidak lagi. Kalau terdesak sangat baru boleh masuk tol kot. 



You Might Also Like

26 komen

  1. stetment mmg rasa nak muntah ataih muka depa.. kita org pun naik moto jer.. tp kalo hujan kena naik keta gak. nak kena ikut laluan tanpa tol tapi jem & jauh skit.. aduiihhhhh

    ReplyDelete
  2. teruk kan.. tol umah saya pun naik

    ReplyDelete
  3. samalah...pening nak fikir fiza..tak lalu tol sampai umah double lambat..pakai tol duit poket mmg confirm rabak giler...

    ReplyDelete
  4. Sana sini ada tol.. kalau dari tempat saya melalui beberapa jalan pilihan ke kl mesti akan bertemu tol... memang tak boleh elak... ada jln yg 1 tol.. ada jln yg 4 tol... hampeh tul huhu... :D

    ReplyDelete
  5. Salam singgah pagi..
    member hari ni ikut jalan lain...
    tapi keluar umah seawal 6.00 pagi...

    ReplyDelete
  6. bertabah jer la kan akak.. cakap kita bukan depa nak dengar pun..huhuhu

    ReplyDelete
  7. hurmmm tak tau nak komen ape pasal tol ni fiza...walo pun daku lik keje gi keje tak pakai tol tapi tetap tak puas hati....mmg betul2 ni janji di capati..... siap le pru14 nanti....huk huk huk....

    ReplyDelete
  8. sakit hati dengar kan..makin lama makin membantu rakyat jadi fakir miskin..geram je..tpt eda dah naik ..dulu rm5.90 and sekarang rm7.20

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak galakkan guna pengangkutan awam jika tambang pun akan dinakkan... huhu

    ReplyDelete
  10. Nak guna jalan mana yang tak dek tol kat KL ni? Ehhh ehh lah, suka buat statement tak masuk akal. Heh !

    ReplyDelete
  11. Bukan semua tempat kerja atau haluan yg kita nak pergi ada kenderaan awam Fiza. Apa lagi kalau naik teksi tak ke lagi tak jimat. Satu lagi dia kata guna laluan lain. Habis tu dia buat jalan tu utk org kaya aje ke? Rakyat yg tak mampu selamanya di tindas-tindas gitu ke?

    Tunggulah macam mana mereka nak jawab di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  12. semakin membebankan kos sara hidup ketika ini, semoga dipermudahkanNya jua buat kita semua, amin.

    ReplyDelete
  13. menteri langsung tak fikirkan rakyat....tapi salah rakyat juga sebab pilih mereka sebagai pemimpin

    ReplyDelete
  14. nasib badan kak.. terima jela..
    kita berhuhuhu kat belakang sob sob sob..

    ReplyDelete
  15. Mereka tahu yang rakyat ni bila marah, marah sekejap je. Nnt senyap la. pastu kehidupan akan berlangsung seperti biasa. Itu yang berleluasa sgt mereka nak menindas kita ni.


    ReplyDelete
  16. Replies
    1. puas saya scroll apa kaitan soklan ni
      tak nampak pula...hehe
      kalau ye, tahniah lah ye

      Delete
  17. Kenaikkan tol tidak kena pasa masanya pada ketika segala-galanya tengah naik. :(

    ReplyDelete
  18. memang geram dengar alasan diorang tu, kalau pengangkutan efisien dan bagus takpelah jugak kan

    ReplyDelete
  19. Pak menteri sekarang punye IQ xsetaraf dgn IQ budak2 tadika..lagi low level..budak2 tadika skang nie pun dh bijak pandai..silap2 boleh bg jawapan lg cerdik dr pak2 menteri..dh la sakit hati semua naik..baca pulak statement bodoh dieorg..lg triple sakit hati..

    ReplyDelete
  20. apa yang tak naikkan, bertabahlah semua

    ReplyDelete
  21. pemimpin hari ini langsung tidak pernah nak rasai kesusahan rakyat...langsung tidak ambil iktibar dari kepimpinan Rasulullah dan Khalifah Ar-rasyidin

    ReplyDelete
  22. betullah..tak kena masa kenaikan ni
    ni yang buat semua orang marah
    satu-satu bebanan diberikan

    ReplyDelete
  23. pak menteri ckp ikut suka hati.. malas nk membaca paper bila menteri2 ckp serupa xskolah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive